Sewa Kipas Pengantin Perkahwinan

 


SEWA KIPAS KABUS WAP AIR PERKAHWINAN PENGANTIN MURAH

 

Kipasair.com menyediakan perkihimatan sewa kipas air murah untuk perkahwinan pengantin di selangor dan kuala lumpur. Sewa kipas air merupakan keperluan perkahwinan yang sering dianaktirikan oleh pengantin. Para pengantin banyak menghabiskan perbelanjaan untuk deco hiasan dan pakaian tetapi berwajah muram dan gelisah kerana kepanasan di atas pelamin dan meja makan beradap. Jadi cepat para pengantin sewa segera kipas air untuk perkahwinan anda.

 

HUBUNGI KIPAS AIR.COM SEKARANG

 

 

Tempat penting untuk letak kipas air

 

PELAMIN

Dua unit kipas di pelamin perkahwinan

Pelamin perkahwinan merupakan tempat bersanding di mana pengantin akan meluangkan masa hampir dua jam semasa perkahwinan samada semasa pengantin bersanding dan bergambar.

 

MEJA MAKAN BERADAB

Dua unit kipas di meja makan beradap pengantin

Hampir sejam biasanya pengantin luangkan masa meja makan beradap pada hari perkahwinan.

 

 

TEMPAT MENYAMBUT TETAMU

Satu unit kipas di pintu masuk atau tempat tuan rumah bersalaman dengan hadirin

Ibu bapa atau wakil pengantin dan juga pengantin perkahwinan itu sendiri biasanya bersalam salaman dengan hadirin yang datang sambil memberi doofgift di pintu dewan mahupun di pintu gerbang perkahwinan di kanopi. Maka dicadangkan satu unit kipas diletakkan di sini.

 

Meja vip dan tetamu pengantin

Para vip atau ahli keluarga terdekat pengantin yang turut serta semasa makan beradap dan juga keseluruhan hadirin juga perlukan keselesaan walaupun tempoh dan jangkamasa mereka berada di majlis perkahwinan anda mungkin hanya setengah jam sahaja. Keperluan kipas adalah bergantung kepada bajet perkahwinan dan keperluan tempat serta keadaan. Sekiranya perkahwinan diadakan di dewan berkemungkinan sudah terdapat banyak kipas dinding di dewan tersebut. Untuk perkahwinan di kanopi kami cadangkan dua kipas untuk satu kanopi jika kanopi tersebut tiada kipas langsung. Jika ada satu kipas syiling di kanopi maka satu kipas air sudah memadai untuk para tetamu pengantin.

 

Keunikan kipasair.com

Kipas air yang kami bekalkan mempunyai saiz yang lebih kecil(jadi harga pun lebih murah). Secara teknikalnya kekuatan(dan harga sewa) tiga unit kipas air jenis ini menyamai kekuatan dan harga satu unit kipas air industri yang besar. Dengan nisbah kekuatan dan kos tiga nisbah satu jika banyak unit digunakan membolehkan lebih keseimbangan angin dan udara dirasai oleh hadirin. Tambahan pula target tertentu seperti pelamin dan meja makan beradap boleh disediakan dengan kos sewa yang lebih jimat. Sekiranya perkahwinan diadakan di garden atau kawasan di mana susunan meja agak berjauhan di selang seli dengan pokok dan hiasan taman atau dinding(rumah) maka kipas air ini dapat di susun berdekatan meja makan tetamu perkahwinan dengan bilangan kipas yang lebih banyak tetapi kos lebih murah dengan nisbah satu kipas untuk dua unit meja. Kesimpulannya dengan anda boleh sewa kipas air perkahwinan anda secara ekonomi dengan bilangan kipas yang sedikit dan juga secara sederhana serta mewah.

 

back to kipasair.com

 

copyright sewa kipas pengantin perkahwinwn water mist fan wedding rental